• 41,317 Calon Dari Sarawak Duduki UPSR 2017

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Seramai 41,317 calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sarawak mula menduduki ujian berkenaan bermula hari ini.

    Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon berkata, kesemua calon tersebut menduduki UPSR di 1,286 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

    Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 31,180 calon atau 75.47 peratus menduduki UPSR dalam aliran Bahasa Melayu, manakala 10,137 calon atau 24.53 peratus menduduki UPSR dalam aliran Bahasa Cina.

    "Semua calon dari Sekolah Kebangsaan (SK) akan menduduki UPSR hingga 14 September, manakala untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hingga 18 September depan.

    "Terdapat seramai 320 penyelia kawasan dan 5,027 pengawas peperiksaan terlibat dalam pengendalian UPSR tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sementara itu, tinjauan Kosmo! di SK Green Road di sini hari ini mendapati seramai 151 calon menduduki UPSR 2017.

    Kesemua calon yang terlibat kelihatan teruja dan bersemangat untuk menduduki ujian berkenaan. - K! ONLINE

  • No Comment to " 41,317 Calon Dari Sarawak Duduki UPSR 2017 "