• 40 Minit Tangkap Kuda Terlepas

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Kuda putih yang berkeliaran di jalan raya sekitar bandar ini pagi tadi berjaya dijinakkan sebelum ditangkap pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Klang.

    Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Rafizi Taib berkata, pihaknya menerima panggilan 6 pagi daripada orang awam yang bimbang selepas terlihat kuda berkenaan.

    "Saya bersama empat anggota bergegas ke tempat kejadian.

    "Setiba di sana, kuda itu didapati berkeliaran di belakang Hospital Sri Kota Klang.

    "Sejurus ternampak kami, haiwan itu terkejut dan mahu lari.

    "Kami mengekori kuda itu bersama jentera sebelum haiwan itu tenang dan berjaya dijinakkan," katanya hari ini.

    Rafizi berkata, pasukannya mengambil masa 40 minit untuk menangkap kuda itu menggunakan tali dan membawanya ke balai bomba selepas usaha mencari pemilik tidak berjaya.

    Bagaimanapun katanya, pada 8 pagi tadi, pemilik kuda putih hadir ke BBP Kota Raja untuk mengambil haiwan itu.

    Rafizi berkata, pemilik itu mendakwa kuda terbabit diikat di kuil tidak jauh dari lokasi sebelum ikatan itu terbuka.

    "Kuda ini dipercayai terlepas ikatan kira-kira sejam sebelum kami menerima panggilan dan menurut pemiliknya, kuda itu jinak serta digunakan untuk upacara keagamaan di kuil,” atanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 40 Minit Tangkap Kuda Terlepas "