• 4 Calon Berpotensi Wakili BN Di Parlimen Miri

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih menjadi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak namun beberapa calon berpotensi untuk mewakili Barisan Nasional (BN) di Sarawak mula diketengahkan.

    Kerusi Parlimen Miri yang diwakili Ketua PKR Miri Dr Michael Teo Yu Keng turut tidak terkecuali dengan sekurang-kurangnya empat nama mula dicanang sebagai wakil BN di kawasan terbabit.

    Antara nama yang disebut-sebut termasuk Pengerusi UPP Pujut Bruce Chai, Pembantu Khas Menteri Muda Pelancongan Datuk Lee Kim Shin, Ketua Pemuda SUPP Piasau Aries Leong dan Datuk Bandar Miri Adam Yii.

    Kesemua mereka kini dilihat mula bergerak dan menghadiri program sejak beberapa bulan lepas.

    Memetik laporan The Borneo Post, Chai berkata, hasratnya untuk bertanding didorong perasaan untuk meningkatkan ekonomi selain menjadikan Miri sebagai destinasi tumpuan pelancong.

    "Saya percaya Miri boleh menjadi hab pentadbiran dan pendidikan," katanya.

    Seorang lagi calon berpotensi, Aries pula menjelaskan, beliau sudah mengunjungi lebih 20 kampung di Miri untuk mengenalpasti masalah dan isu dihadapi penduduk.

    "Apa yang penting adalah untuk berkhidmat dan sentiasa ada untuk mendengar dan menyelesaikan masalah," ujarnya.

    Dua lagi calon berpotensi iaitu Chin dan Yii juga dilihat kerap turun padang untuk mendampingi pengundi.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " 4 Calon Berpotensi Wakili BN Di Parlimen Miri "