• 3 Maut Treler Rempuh 4WD Di Bintulu

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    BINTULU: Tiga maut dalam kemalangan melibatkan treler dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jambatan Sg. Sebemban, Semarakan Jalan Bintulu -Tatau dekat sini pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam kemalangan yang berlaku pada jam 7.45 pagi itu, kenderaan 4WD yang dilaporkan dari arah Bintulu ke Sibu manakala treler dari Sibu ke Bintulu bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan.

    “Sebaik tiba anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi kejadian mendapati seramai empat mangsa terperangkap dalam kenderaan 4WD dan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan ‘cutter’ bagi memotong bahagian bumbung 4WD untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

    Kesemua mangsa yang maut iaitu pemandu 4WD Kong Tze Hua 57 warganegara Malaysia, Chen Hau 44 warganegara China, Zhau Su Guang 48 warganegara China. Manakala Tam Tian Ping 44 juga warganegara China mengalami kecederaan parah.

    “Ketiga-tiga mangsa yang disahkan maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya

    Bagaimanapun kedua-dua pemandu dan kelindan treler hanya mengalami kecederaan ringan. - Sarawakiana
  • No Comment to " 3 Maut Treler Rempuh 4WD Di Bintulu "