• 3 Beranak Parah Dalam Kemalangan

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Tiga beranak cedera parah selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Toyota Wish berhampiran jalan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Openg di sini hari ini.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu berlaku ketika seorang ibu sedang dalam perjalanan menghantar dua anak lelakinya ke sekolah tersebut.

    Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan ketiga-tiga mangsa, Maznah Mat Said, 47, Azie Yo, 13, dan Mohd Haikal Yo, 11, mengalami kecederaan parah.

    "Kesemua mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan kecemasan.

    "Buat masa ini, tiga beranak terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE

  • No Comment to " 3 Beranak Parah Dalam Kemalangan "