• 2 Kanak-Kanak Cedera Ditembak Rakan

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    MICHIGAN – Dua kanak-kanak berusia tiga tahun cedera ditembak rakan mereka dengan pistol di sebuah rumah ketika seorang wanita sedang menjaga beberapa kanak-kanak lain, kata polis.

    Kejadian kelmarin di Dearborn di pinggir Detroit berlaku apabila budak berkenaan memperoleh sepucuk pistol.

    Seorang daripada mangsa ditembak di bahu dan dijangka pulih sepenuhnya.

    Sementara seorang lagi dalam keadaan serius tetapi stabil, menurut kenyataan polis tanpa memberikan butiran lanjut.

    Polis menyoal siasat penjaga kanak-kanak berkenaan, lapor Dearborn Free Press.

    Pegawai yang menerima latihan khas menyoal siasat beberapa kanak-kanak lain yang menyaksikan kejadian.

    Penyiasat akan bertemu Pejabat Pendakwa Raya Daerah Wayne untuk membincangkan sama ada dakwaan perlu difailkan. – Reuters/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Kanak-Kanak Cedera Ditembak Rakan "