• 2 Jam Buang Kulit Melecur

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Tempoh dua jam diambil bagi proses pembedahan membuang kulit melecur mangsa, Zunnun Misri Nasrun, 15, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Mangsa yang juga cedera dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bagaimanapun dilaporkan boleh makan, bercakap dan bergerak.

    Menjelaskan proses pemulihan pelajar tahfiz itu, bapa mangsa, Nasrun Mat Yusuf, 46, berkata, prosedur membuang kulit melecur itu selesai dilakukan doktor, kelmarin.

    “Zunnun yang melecur 19 peratus masih diberi bantuan pernafasan oksigen untuk memulihkan semula tenaganya selepas pembedahan selama dua jam.

    “Dia sudah stabil, boleh makan, bercakap dan bergerak.

    “Alhamdulillah terima kasih atas doa semua dan saya harap rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatan anak saya dan dua lagi rakannya yang masih berada di ICU. Doakan mereka akan pulih semula,” katanya di sini, semalam.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Jam Buang Kulit Melecur "