• 2 Bekas PresidenBrazil Didakwa

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    BRASILIA: Dua bekas presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin didakwa atas tuduhan rasuah membabitkan Petrobras, syarikat minyak gergasi milik negara itu.

    Tuduhan berkenaan sekali gus memberi kesan buruk kepada Lula yang ingin bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2018.

    Dilma adalah pengganti pilihan Lula dan presiden wanita pertama Brazil.

    Jenayah itu dipercayai dilakukan sekitar pertengahan 2002 hingga 12 Mei tahun lalu apabila Dilma digantung jawatannya sebagai sebahagian daripada prosiding pemecatan, kata jurucakap peguam negara.

    Menurut dakwaan itu, Parti Pekerja mereka didakwa menerima wang berjumlah AS$475 juta (RM2.02 bilion) dalam bentuk rasuah, menggunakan entiti awam termasuk Petrobras, Bank Pembangunan Nasional (BNDES) dan Kementerian Perancangan.

    Peguam Negara, Rodrigo Janot mendakwa operasi itu diketuai Lula.

    Puluhan pemimpin kanan dalam bidang politik dan ahli perniagaan berpengaruh disiasat atau disabitkan dengan skandal rasuah yang tercetus pada 2014 itu.

    Siasatan tertumpu kepada Petrobras, apabila permintaan tinggi terhadap kontrak pembinaan digunakan ahli perniagaan dan politik untuk menerima rasuah berbilion dolar.

    Pada Julai lalu, Lula didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan kini merayu keputusan itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Bekas PresidenBrazil Didakwa "