• 150 Pemimpin Masyarakat Dayak Menyatakan Sokongan Kepada Najib

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+
    Foto Dayak Daily

    KUCHING: Seramai 150 ketua masyarakat dan pemimpin akar umbi dari Kanowit, Song, Kapit dan Belaga menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya di Putrajaya, semalam.

    Kunjungan tersebut yang disambut baik oleh Perdana Menteri adalah untuk menunjukkan sokongan kepada kepimpinannya, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka tidak lama lagi.

    Diketuai Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Masing, rombongan tersebut telah terbang ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat tentera pada 27 September lalu dan dijadual balik hari ini.

    Mengulas mengenai rombongan tersebut menggunakan pesawat tentera yang disifatkan pemimpin pembangkang sebagai sesuatu yang memalukan dan menghina Dayak, Masing dipetik Utusan Borneo berkata, penggunaan pesawat itu merupakan persetujuaan rombongan.

    “Mereka amat menyukainya dan ia adalah pengalaman bagi mereka,” ujarnya.

    Menurutnya, beliau tidak mampu untuk membiayai seramai 150 orang ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan komersial.

    “Saya tidak mampu untuk membiayai seramai 150 orang ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan komersial, jadi saya meminta bantuan tentera,” katanya - Sarawakiana
  • No Comment to " 150 Pemimpin Masyarakat Dayak Menyatakan Sokongan Kepada Najib "