• 138 maut gempa bumi di Mexico City

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+


    MEXICO CITY: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di bahagian tengah negara ini meningkat kepada 138 orang, lapor agensi perlindungan awam.

    Gempa bumi berukuran 7.1 itu mengakibatkan kemusnahan besar, khususnya di kawasan padat penduduk.

    Presiden Enrique Pena Nieto berkata, 27 bangunan dilaporkan runtuh akibat gegaran itu.

    Seorang doktor gigi, Claudia Meneses yang berada di kliniknya di kawasan kejiranan Lindavista ketika kejadian berkata, orang ramai berada dalam ketakutan amat sangat susulan bencana itu.

    "Kami sedang berusaha untuk pergi ke bangunan yang runtuh untuk melihat jika ada bantuan yang diperlukan," katanya.

    Gempa bumi berukuran 7 atau lebih dianggap sebagai kuat dan berpotensi menyebabkan kemusnahan besar.

    Laporan awal menunjukkan negeri Morelos di bahagian selatan mengalami kemusnahan dan jumlah kematian terbesar setakat ini dengan sekurang-kurangnya 50 orang disahkan maut.

    Ini adalah gempa bumi kuat kedua melanda Mexico bulan ini, selepas 98 orang terbunuh dalam bencana yang sama di selatan Mexico, 7 September lalu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 138 maut gempa bumi di Mexico City "