• 135,000 Orang Berpindah, Gunung Agung Akan Meletus

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    KARANGASEM: Hampir 135,000 penduduk di Bali meninggalkan rumah masing-masing dan berlindung di pusat pemindahan sementara selepas amaran gunung berapi Agung akan meletus pada bila-bila masa, kata pegawai lewat semalam.

    Dengan asap putih kelihatan dan gegaran dirasakan di kawasan berhampiran, status Gunung Agung dinaikkan ke tahap tertinggi minggu lalu.

    Sejak itu puluhan ribu penduduk kampung mengosongkan kediaman mereka yang terletak di kaki gunung berkenaan.

    Agensi pengurusan bencana kebangsaan berkata, ramai penduduk berpindah kerana tidak pasti jarak kampung mereka dengan zon eksklusif 12 kilometer yang dilaksanakan sekitar kawah.

    Penduduk ditempatkan dalam khemah, gimnasium sekolah dan bangunan kerajaan di kampung berhampiran.

    Walaupun ada banyak simpanan makanan, air, ubat dan bekalan lain, penduduk bimbang mereka terpaksa menunggu lama yang boleh mengganggu kehidupan.

    Seorang petani berkata, beliau bimbang aliran lahar memusnahkan rumah dan ladangnya.

    "Jika rumah saya musnah, saya tidak tahu untuk memulakan kembali hidup saya.

    "Saya tidak tahu di mana anak saya akan tidur dan saya cuma boleh berdoa," kata Gusti Gege Astana, 40. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 135,000 Orang Berpindah, Gunung Agung Akan Meletus "