• William, Harry Ketuai Majlis Memperingati Diana

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    LONDON: Putera William dan Putera Harry berusaha mengekalkan legasi mendiang Puteri Diana dengan memberi penghormatan emosi luar biasa selepas mendiamkan diri sekian lama, dua dekad selepas kematian ibu mereka itu.

    Menjelang ulang tahun kematian ke-20 Diana pada 31 Ogos ini, kedua-dua beradik itu bercerita buat kali pertama mengenai ibu mereka, kehidupan puteri itu dan kesannya kepada mereka berdua serta kebajikan yang diperjuangkannya.

    William berusia 15 tahun dan Harry, 12, ketika Diana meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997.

    Bagaimana kehilangan itu memberi kesan kedua-duanya cuma dibincangkan baru-baru ini.

    "Selepas 20 tahun, saya dan Harry berasa ini masa terbaik untuk bercakap mengenai ibu kami.

    "Kami tidak akan bercakap secara terbuka mengenai ibu sekali lagi," kata William.

    Adik-beradik itu muncul dalam program 90 minit bertajuk 'Diana, Our Mother: Her Life and Legacy' yang disiarkan saluran ITV Britain. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " William, Harry Ketuai Majlis Memperingati Diana "