• Warga emas maut dirempuh kereta api

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    WARGA emas wanita ditemui maut berhampiran Stesen Kereta Api Bertam Lama, Gua Musang dipercayai dirempuh kereta api dari arah Tumpat ke Gua Musang, hari ini.

    Dalam kejadian 8.30 pagi itu mangsa dianggarkan berusia 80-an tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kecederaan di kepala dan kaki.

    Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai berjalan di atas landasan kereta api itu.

    "Kereta api itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian.

    "Mangsa yang cuba melarikan diri ke tepi landasan tidak sempat berbuat demikian sebelum dirempuh kereta api itu," katanya.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad berkata, kes itu masih dalam siasatan.

    "Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat," katanya.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Warga emas maut dirempuh kereta api "