• Wanita Rancang Letup Diri Kena Penjara Lebih 7 Tahun

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    JAKARTA - INDONESIA. Sebuah mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara tujuh setengah tahun kepada seorang wanita berhubung plot untuk menjadi pengebom berani mati di ibu negara.

    Dian Yulia Novi, 28, ditahan tahun lalu bersama suaminya, Muhamad Nur Solikin kerana disyaki merancang untuk meletupkan diri di luar istana presiden semasa perubahan pengawal.

    Pendakwaan menuntut hukuman 10 tahun untuk Dian yang dituduh menerima arahan daripada militan tempatan Bahrun Naim, dipercayai menyertai kumpulan Daesh di Syria bagi melancarkan serangan tersebut.

    "Hukumannya dikurangkan kerana dia mengakui perbuatannya.

    "Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Timur memberi keputusan lebih awal kerana tertuduh hamil dan dijangka bersalin awal September," menurut peguamnya, Kamsi. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Rancang Letup Diri Kena Penjara Lebih 7 Tahun "