• Wanita Maut Lompat Dari Bangunan Tertinggi Hong Kong

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+


    WEST KOWLOON - HONG KONG: Seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat 102 di bangunan International Commerce Centre, semalam.

    Menurut laporan Shanghaiist, mangsa yang berusia 29 tahun tersebut dipercayai membunuh diri selepas menginap satu malam di bangunan 118 tingkat tersebut.

    Kata polis, mangsa memasuki tingkat mekanikal diantara tingkat 101 dan 102 dan membuka pintu kecemasan pada jam 3.00 pagi.

    Selepas mangsa terjun, mangsa mengenai bumbung di tingkat bawah sebelum ditemui di sebelah sebuah teksi.

    Siasatan awal polis mendapati mangsa tidak meninggalkan sebarang nota dan tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Maut Lompat Dari Bangunan Tertinggi Hong Kong "