• Video: 'Lu Lagi Tangkap, Gua Pukul Lu Susah'

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    Tular di media sosial apabila satu video yang berdurasi 2 minit 44 saat yang memaparkan pergaduhan akibat salah faham mengenai parkir.

    Video ini telah mendapat lebih daripada 50 ribu views di laman YouTube semalam.

    Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang membuka clamp tayar motornya gara-gara tidak mahu membayar denda.

    Dikatakan lelaki itu telah melakukan kesalahan dengan meletakkan motosikalnya di kawasan koridor yang mempunyai tanda “NO MOTORCYCLE PARKING ALLOW” (DILARANG MELETAKKAN MOTOSIKAL DI SINI).

    Apabila ditegur oleh pengawal keselamatan yang berada di situ, lelaki tersebut mula marah dan cuba untuk menyerang pengawal keselamatan yang hanya menjalankan tugas pada waktu itu.

    Lelaki itu juga memberikan amaran kepada pengawal keselamatan yang merakam videonya.

    “Lu lagi tangkap, gua pukul lu susah. Lu sudah ada gambar tak mahu settle lagi,” gertak lelaki tersebut.

    Lelaki itu turut berang apabila mendapati ada yang merakamkan kejadian tersebut.

    Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Bayan Lepas, Pulau Pinang dua hari lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video: 'Lu Lagi Tangkap, Gua Pukul Lu Susah' "