• Video: Dok Busy Rembat Itu Ini, Kan Polis Dah Mai!

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Semalam tular menerusi laman YouTube apabila rakaman video menunjukkan dua orang lelaki sedang sibuk mencuri barang secara terbuka telah mendapat lebih 29 ribu tontonan.

    Video berkenaan yang berdurasi 3 minit 12 saat itu menunjukkan kegigihan dua pencuri yang leka ‘merembat’ barang-barang dari sebuah kereta buruk tersadai di kawasan parkir yang tidak dikenal pasti lokasinya.

    Sedang mereka berdua ceria mengambil itu dan ini dari kereta tersebut, secara kebetulan pula sebuah kereta peronda polis muncul di kawasan berkenaan.

    Apabila menyedari keadaan itu, salah seorang daripada mereka bertindak untuk melarikan diri namun gagal apabila seorang anggota polis berkenaan sempat menahannya.

    Mereka kemudiannya disoal siasat oleh kedua-dua anggota polis tersebut di situ. Berdasarkan huruf SL pada bumbung kereta polis itu menunjukkan ia berlaku di Selangor.

    Rata-rata netizen bagaimanapun mengecam perbuatan dua lelaki berkenaan sambil menyifatkan perbuatan buruk tersebut tidak seharusnya diamalkan.

    Haaa.. itu lah lain kali jangan seronok sangat nak mencuri, merembat barang orang, tak kisahlah yang tersadai ke yang tersorok ke. Kan perbuatan dah makan tuan! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

    Subjects:

  • No Comment to " Video: Dok Busy Rembat Itu Ini, Kan Polis Dah Mai! "