• Utamakan Penyokong Untuk Beli Tiket - TMJ

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Penyokong tuan rumah sepatutnya mendapat keutamaan membeli dan menyaksikan mana-mana perlawanan di stadium tempatan.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan terbaru di Facebook rasmi Johor Southern Tigers bertitah, penyokong bola sepak adalah nadi membakar semangat pasukan bola sepak sama ada kelab atau pasukan negara.

    Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor bertitah, teringat perlawanan penting JDT berlangsung di Stadium Larkin (Piala Sumbangsih) dan Stadium Shah Alam (Piala FA) suatu ketika dahulu.

    "Pada waktu itu, begitu ramai ahli politik serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri saya yang ingin mengambil kuota tiket sehingga mencecah dua ribu (2,000) keping namun saya bertitah kepada Kapten Fahmy, Pegawai Tadbir Askar Timbalan Setia Negeri Johor bahawa saya tidak bersetuju dan hanya sedikit saja diberikan kepada mereka dan selebihnya diberikan kepada penyokong.

    "Penyokong bola sepak adalah nadi memberikan semangat kepada pasukan bola sepak sama ada kepada kelab atau pun pasukan negara.

    "Bola sepak tidak bermakna tanpa penyokong," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Utamakan Penyokong Untuk Beli Tiket - TMJ "