• Usia 59 Tahun Tak Halang Amy Search Aktif Bersukan

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    Program ini menggabungkan elemen sukan, komedi dan hiburan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada atlet-atlet terkemuka tanah air, barisan pelawak dan selebriti-selebriti terkenal.

    Antara selebriti yang terlibat dalam program ini ialah Amy Search, Achey, Shuib, Fara Fauzana dan ramai lagi. Dengar-dengarnya ada artis yang tercedera semasa menyertai acara sukan dalam program ini.

    Amy Search mengakui telah mengalami beberapa kecederaan semasa melakukan acara yang dipertandingkan dalam TSKL.

    “Bayangkan umur saya sudah 59 tahun, rasanya saya merupakan peserta paling tua dalam program ini. Pergelangan tangan saya pernah terkehel kerana terjatuh ketika acara lari sambil mengundur ke belakang.

    “Perkara itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk meneruskan permainan kerana sebolehnya saya ingin melibatkan diri dalam semua acara.” katanya dipetik laporan Astro Awani.

    Walaupun usianya hampir menjangkau 60 tahun, Amy menyatakan faktor usia tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk terus bersukan. Dia juga berpendapat program seperti ini dapat menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia.

    “Selain menghiburkan, matlamat utama saya adalah untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia terhadap penganjuran Sukan SEA 2017 yang berlangsung nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

    Kalau nak diikutkan, betul jugalah apa yang Amy katakan itu, bukan ke bersukan dapat menyihatkan tubuh badan. Jadi, tak salahlah walau umur berapa sekalipun masih nak join aktiviti sebegini.

    Haa.. jangan tak tahu, penyanyi lagu Isabella ini juga turut menyertai Larian Obor KL 2017 baru-baru ini.

    Jangan lupa tengok gelagat-gelagat selebriti dan atlet-atlet kita ini beraksi pada setiap hari Jumaat, 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124). Manalah tahu kot-kot kita pun terinspirasi nak bersenam jugak kan… – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

    Subjects:

  • No Comment to " Usia 59 Tahun Tak Halang Amy Search Aktif Bersukan "