• UPSI Jalin Kerjasama Dengan Institusi Pendidikan

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+


    IPOH – Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan hubungan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dengan enam institusi pendidikan di United Kingdom.

    Kenyataan UPSI menyebut, kerjasama itu membabitkan Bristol University, University College London, Institute of Higher Education, University of Birmigham, University of Salford serta University of Stirling.

    Antara kerjasama yang dilaksanakan adalah program pertukaran pensyarah, pertukaran modul serta menjadi penilai program dan pelajar menerusi program Doctor of Education (EdD) yang akan mula ditawarkan di UPSI bulan depan.

    Menurut UPSI, kerjasama berkenaan dijalin semasa lawatan selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Ogos lepas ke United Kingdom diketuai Dekan Fakulti FPE Prof Dr Hamidah Yusof, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FPE Dr Asri Mohd Noor serta Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah Prof Madya Dr Ramlee Ismail.

    “Semua institusi pendidikan berkenaan juga menyatakan hasrat untuk membantu FPE mendapatkan khidmat pakar dalam bidang kepimpinan dan dasar pendidikan dari beberapa negara di Eropah, Amerika dan Asia.

    “Ini seterusnya menyumbang ke arah menjadikan program EdD sebagai yang paling unik dan terbaik di negara ini,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " UPSI Jalin Kerjasama Dengan Institusi Pendidikan "