• Ular Telan Babi Hutan Ditangkap

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Ular sawa batik sepanjang enam meter yang kekenyangan selepas menelan babi hutan ditangkap di belakang rumah penduduk di Lorong 10, Taman Kota Jaya, Pulai. Baling, hari ini.

    Dalam kejadian 1.40 pagi itu suri rumah tendengar bunyi bising di belakang rumahnya.

    Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.50 pagi dan sampai di lokasi 15 minit kemudian.

    Beliau berkata, tiga anggota bergegas ke lokasi dan mendapati ular sawa sepanjang kira-kira enam meter dan berat 70 kilogram kekenyangan selepas menelan seekor babi hutan.

    Mohd Faizol berkata, pengadu yang dikenali Pang Wong Wah, 40, terdengar bunyi bising di belakang rumah dipercayai haiwan itu sedang bergelut dengan ular sawa.

    "Dia (pengadu) keluar dan melihat apa yang berlaku dan nampak ular sawa sedang menelan babi.

    "Ular itu kekenyangan dan tidak mampu bergerak ke dalam hutan yang berdekatan lalu menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan," katanya.

    Mohd Faizol berkata, anggota APM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular sawa dan akan menyerahkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN ) Baling.

    Katanya, ular itu agak agresif dan memuntahkan bangkai babi berkenaan ketika ditangkap.

    "Saya nasihat orang awam berhati-hati dan sekiranya ada kes kecemasan supaya menghubungi APM di talian 04-4701626 atau talian kecemasan 999," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ular Telan Babi Hutan Ditangkap "