• Ular Sawa Batik Seberat 35 Kg Ditangkap Ketika Cuba Masuki Kilang Proses Susu

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    KLANG: Seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) di sebuah kilang pemprosesan susu di Pulau Indah di sini pagi tadi.

    Reptlia yang seberat 35 kilogram (kg) berkenaan ditemui pukul 7.50 pagi oleh pekerja kilang terbabit sewaktu menjalar untuk memasuki celahan pagar dawai perkarangan kilang terbabit.

    Pegawai Operasi dan Logistik Angkatan Pertahanan Malaysia daerah Klang, LT. (PA) Mohd. Hairi Ibrahim memberitahu, namun usaha ular itu gagal sebelum berendam di dalam longkang.

    Katanya, seramai empat anggota diketuai Koperal Mohd. Shahrir Musa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8 pagi.

    "Anggota APM mengambil masa kira-kira enam minit untuk menangkap ular terbabit menggunakan penjerut.

    "Ular terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Ular Sawa Batik Seberat 35 Kg Ditangkap Ketika Cuba Masuki Kilang Proses Susu "