• Ugut Rogol Lepas Curi Mangga

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+
    gambar hiasan - foto Alam Indah
    SEORANG lelaki berani mengugut untuk merogol seorang wanita selepas mangsa menyedari perbuatannya cuba mencuri mangga daripada pokok yang ditanam di rumah wanita terbabit di Taman Wahyu, Kuala Lumpur, lapor Guang Ming Daily.

    Mangsa merakamkan video lelaki tersebut dan rakannya kira-kira pukul 6.39 petang Sabtu.

    Sebaik ternampak wanita berkenaan merakam perbuatannya, suspek mula bertindak ganas dan mengugut untuk mengapa-apakan mangsa.

    Lebih buruk lagi, suspek turut mencabar wanita tersebut untuk membuat laporan polis.

    Suspek kemudiannya melontarkan beberapa biji mangga ke dalam ruang parkir rumah mangsa sebelum beredar bersama rakannya dengan menaiki sebuah motosikal.

    Selepas memuat naik rakaman tersebut ke laman sosial, mangsa bertindak membuat laporan polis.

    Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, polis telah menahan dua suspek yang berusia 30 dan 36 tahun untuk menyiasat kes tersebut. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Ugut Rogol Lepas Curi Mangga "