• Turnbull Rancang Elak Keganasan

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+


    MELBOURNE - AUSTRALIA: Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull menggesa pemaju untuk memasukkan ciri keselamatan ke dalam projek mereka bagi menghalang serangan militan dengan kenderaan dan senjata lain ketika mengumumkan rancangan baharu melindungi orang awam.

    Semalam, Turnbull melancarkan strategi kebangsaan pertama untuk melindungi tempat sesak selepas insiden seorang militan merempuh orang ramai dengan sebuah trak di bandar Nice, Perancis, yang meragut 84 nyawa, tahun lalu.

    Menurut Turnbull, rancangan itu direka untuk majlis, ahli perniagaan dan pengendali kawasan bagi menghentikan serangan dengan kenderaan termasuk serangan menggunakan pisau, senjata, bom atau peranti kimia.

    "Mitigasi terbaik dilakukan pada reka bentuk. Ancaman sentiasa berubah. Jadi, perlu sentiasa pastikan kita perbaiki dan kemas kini langkah yang diperlukan demi memastikan selamatan Australia," katanya.

    Antara langkah keselamatan termasuk pemasangan tonggak (bollard) di sepanjang jalan utama, pusat beli-belah dan di luar kawasan sukan.

    Meskipun tapak awam akan dilindungi dengan lebih baik, Turnbull menegaskan pemaju tetap perlu memasukkan ciri keselamatan ke dalam projek baharu di papan lukisan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Turnbull Rancang Elak Keganasan "