• Tuntut Ganti Rugi Lukisan Di Rumah 'Suspek Rogol'

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+


    RAMAI pelukis sanggup membayar bagi membolehkan karya seni mereka dipaparkan di dalam drama TV yang ditonton tujuh juta penonton.

    Bagaimanapun Angela Hewitt kecewa apabila salah satu lukisannya dipertontonkan dalam siri drama Broadchurch di saluran ITV sehingga menuntut ganti rugi £10,000 (RM55,250).

    Wanita berusia 64 tahun itu menjelaskan bahawa lukisannya digunakan di dalam sebuah program mengenai rogol sehingga mencemarkan reputasinya.

    Malah dia turut mendakwa eksekutif TV kerana menggunakannya secara tidak wajar untuk menyampaikan mesej simbolik, mengaitkan dengan seorang perogol.

    Lukisan itu dilihat hanya selama lima saat dalam siri terbaharu sebuah drama yang menunjukkan kediaman suspek. - Mail Online


    Subjects:

  • No Comment to " Tuntut Ganti Rugi Lukisan Di Rumah 'Suspek Rogol' "