• Tuan Rumah Sukan SEA 2019 Diumum Jumaat

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    KEPUTUSAN akhir mengenai tuan rumah Sukan SEA 2019 akan diumumkan seawal-awalnya Jumaat ini selepas Jawatankuasa Sukan SEA (SEAGF) bersidang selama dua hari bermula esok.

    Perkara itu disahkan oleh Presiden SEAGF, Tunku Imran Tuanku Ja'afar pada majlis menaikkan bendera negara yang bertanding di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.

    "Kami akan membincangkan mengenainya dalam masa dua hari ini, esok akan berada di peringkat jawatankuasa eksekutif dan jika perlu akan dipanjangkan pada mesyuarat majlis pagi Jumaat ini.

    "Mereka yang akan membuat keputusan muktamad negara mana yang akan menjadi tuan rumah selepas Filipina menarik diri."

    Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu berkata, majlis menaikkan bendera itu bermakna bermulanya secara rasmi temasya Sukan SEA KL2017 dengan chinlone dan memanah sudah menawarkan pingat hari ini.

    Tunku Imran mengesahkan hampir 7,800 atlet dan pegawai hadir pada Sukan SEA selepas mengambil kira sebarang penarikan diri.

    Selain Tunku Imran, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan, Setiausaha Agung MOM Datuk Low Beng Choo, Chef de Mission negara Datuk Marina Chin dan CDM negara lain turut hadir pada majlis menaikkan bendera itu. - BHOnline

    Foto Mohamad Shahril Badri Saali

    Subjects:

  • No Comment to " Tuan Rumah Sukan SEA 2019 Diumum Jumaat "