• Trump Bubar Majlis Guna Twitter

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden, Donald Trump membubarkan dua Majlis Penasihat Rumah Putih semalam di tengah-tengah kemelut insiden Charlottesville lapor Huffington Post.

    Langkah tersebut diambil dua hari selepas para eksekutif mengundurkan diri dari Majlis Pengeluar Amerika serta pembiaya Majlis Strategi dan Dasar mula menghubungi ahli panel yang lain.

    Trump bagaimanapun menulis di laman Twitter miliknya mengenai perkata tersebut dalam usaha mengurang tekanan terhadap para eksekutif.

    "Daripada meletakkan tekanan pada ahli perniagaan di Majlis Pengeluar, Strategi dan Dasar, saya mengakhiri kedua-duanya. Terima kasih semua," tulisnya.

    Sementara itu, pengasas rundingan dan pengurusan Bernstein Crisis, Jonathan Bernstein mendakwa tindakan Trump tersebut adalah pengecut.

    "Dia mengambil jalan mudah yang pengecut dengan membubarkan majlis perniagaan tersebut sebelum orang lain berhenti.

    "Daripada menghadapi lebih banyak perletakan jawatan, dia membuktikan bahawa dirinya hanya berminat dengan mereka yang bersetuju dengannya sahaja," katanya.

    Sebelum ini, terdapat beberapa perniagaan lain yang mengundurkan diri dari Majlis Pengeluaran Amerika Syarikat tersebut.

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Bubar Majlis Guna Twitter "