• TPM Ramal Malaysia Menang 1-0

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Malaysia mengalahkan Thailand dalam final bola sepak Sukan SEA ke-29 di Stadium Shah Alam malam ini.

    Beliau berkata, ini kerana ketika ini skuad negara adalah antara yang terkuat serta berada pada tahap terbaik.

    "Perebutan ibu segala pingat emas bagi Sukan SEA ke-29 ini bakal menjadi pertembungan sengitdan pasukan negara jangan memandang ringan mutu permainan pasukan Thailand kerana mereka juga sama kuat.

    "Saya mendoakan pasukan negara menang malam ini dan ramalan saya Malaysia menang sekurang-kurangnya 1-0," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempenan Hari Raya Aidiladha Kawasan Parlimen Bagan Datuk di Dewan Datuk Mohamed Jamrah, Parit 7, Sungai Sumun, Bagan Datuk, hari ini.

    Ahmad Zahid turut meminta rakyat Malaysia supaya terus memberi sokongan kepada pasukan negara walaupun tidak dapat hadir ke stadium malam ini namun menyokong dengan menonton siaran langsung di rumah atau tempat-tempat terbuka lain.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " TPM Ramal Malaysia Menang 1-0 "