• Tiada Siapa Malukan Negara - TMJ

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    “Kalau saya ada satu benda yang saya patut sampaikan kepada anda ia adalah: Terima Kasih."

    Begitulah titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara selepas final bola sepak Sukan SEA di Stadium Shah Alam, malam tadi.

    Rakaman titah Tunku Ismail di bilik persalinan selepas tamat perlawanan dimuat naik di Facebook rasmi FAM, malam tadi.

    Titah Tunku Ismail:

    "Tak ada orang suka kalah. Kita tak suka kalah. Tak ada orang suka kalah tetapi itu tak bermakna ni perjalanan akhir kita. Awak semua 'player' yang muda.
    “Saya tengok hari ini saya ada dua 'mixed' emosi. Satu saya kecewa dengan kekalahan. Satu, saya rasa bangga dengan apa yang kita ada untuk masa yang akan datang.

    “Anda semua adalah aset kepada negara. Tiada seorang pemain di sini yang harus rasa sedih. Memang patut sedih, memang patut kecewa tetapi tiada seorang pun yang berada dalam bilik ini telah memalukan negara.

    “Saya sebagai Presiden FAM berasa amat bangga yang saya mempunyai individu-individu ... saya tahu kawan anda, keluarga anda pun rasa bangga juga.

    “Apa yang anda buat, apa yang anda telah berkorban untuk negara, tiada orang yang boleh tarik benda itu daripada anda. Itu adalah hak anda selama-lamanya.

    “Dan, kalau saya ada satu benda yang saya patut sampaikan, satu perkataan yang saya patut sampaikan kepada anda, ia adalah: Terima Kasih.

    “Terima kasih kerana memberi persembahan macam itu sepanjang kempen SEA Games.

    “Terima kasih kerana setiap 'game' beri seratus peratus untuk negara kita.

    “Itu adalah satu kebanggaan dan satu pencapaian.

    “Walau apa pun, macam mana yang saya cakap tadi, kita akan sentiasa bersatu. Kita akan cuba memperbaiki apa yang kita boleh memperbaiki.

    “Now, lupa apa yang dah jadi. Jadikan benda itu sebagai satu pelajaran. This is the time for kita semua to move on, untuk menuju ke hadapan.

    “Insya-Allah, yang apa saya cakap tadi, perjalanan anda masih jauh lagi dan syabas, jangan berasa sedih.

    “Kalah menang, normal dalam sukan. Apa yang penting belajar daripada kesilapan, belajar daripada kekalahan dan menggunakan benda ini sebagai satu senjata untuk pada masa kita yang akan datang.

    “Well done guys. Syabas.”

    Malaysia meraih pingat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Siapa Malukan Negara - TMJ "