• Tiada Sampel Positif Setakat Ini, Wabak Rabies 90 Peratus Terkawal

    Published: Monday, 14 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata oleh kerana tiada lagi sampel positif sejak 24 Julai 2017, wabak rabies diyakinn 90 peratus terkawal pada Ogos ini.

    “Memandangkan tiada lagi sampel positif sejak 24 Julai 2017, kita yakin bahawa pada Ogos ini wabak rabies adalah 90 peratus terkawal.

    “Saya berharap agar operasi menangani wabak ini dapat memberi pengalaman kepada semua terlibat terutama dalam mendapat laporan harian, mapping, survelan, vaksinasi dan pengawalan haiwan reservoir,” katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, tambahnya, setiap petugas juga perlu waspada supaya tidak terkena gigitan atau sebarang kemalangan tidak diingini dan kebajikan petugas wabak perlu dijaga dengan memberi masa rehat yang cukup dengan bertugas secara giliran.

    Menurutnya, pengawalan populasi anjing liar dan terbiar terpaksa dilakukan walaupun terdapat pelbagai halangan kerana statusnya tidak dapat dipastikan sama ada ia dijangkiti atau tidak bagi menyelamat nyawa manusia dari dijangkiti penyakit tersebut.

    “Penubuhan zon penampan (buffer zone) adalah komitmen jangka masa panjang kerana ianya melibatkan tambahan tenaga kerja dan kos, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan jarak 300 ke 400 km.

    “Kerjasama dan maklumat dari Kalimantan Barat, Timur dan Utara juga perlu diperolehi bagi tujuan yang sama,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Sampel Positif Setakat Ini, Wabak Rabies 90 Peratus Terkawal "