• TERKINI: Polis Ditembak Di Badan, Tetak Di Kepala

    Published: Thursday, 31 August 2017
    A- A+

    SUBANG: Lans koperal polis yang ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ di sini awal pagi tadi, mempunyai satu kesan tembakan di badan.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata beberapa kesan tetakan turut ditemui di belakang kepala mangsa.

    "Mayat mangsa ditemui oleh anggota Unit Peronda (MPV) pada jam 3.25 pagi ketika mereka pulang ke balai selepas selesai melakukan tugas rondaan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

    Anggota yang bertugas di kaunter pertanyaan itu, ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, awal pagi tadi. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " TERKINI: Polis Ditembak Di Badan, Tetak Di Kepala "