• Tentera Transgender Jejas Pasukan Keselamatan

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+


    BEDMINSTER (AMERIKA SYARIKAT): Pengharaman golongan transgender daripada menyertai pasukan tentera memberi banyak manfaat kepada pasukan itu.

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata isu membabitkan perkhidmatan golongan berkenaan sering mendatangkan kekeliruan serta kesukaran kepada pihak tentera.

    "Saya amat menghormati golongan transgender ini. Saya menerima sokongan padu daripada komuniti ini. Saya memperoleh banyak undi (daripada mereka).

    "Bagaimanapun, isu membabitkan pasukan transgender mendatangkan masalah besar kepada pasukan keselamatan AS," katanya kepada wartawan di kelab bandaran di New Jersey.

    Beliau berkata, larangan itu memberi manfaat besar kepada tentera.

    Dalam tiga status menerusi Twitter, Trump mengumumkan untuk mengakhiri dasar dilaksanakan Obama yang membenarkan golongan transgender berkhidmat secara terbuka dalam pasukan tentera. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Transgender Jejas Pasukan Keselamatan "