• Tentera India Dan China Berbalah Isu Ceroboh Wilayah

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+


    NEW DELHI – Tentera India dan China terbabit dalam perbalahan di barat Himalaya semalam, kata sumber India.

    Keadaan itu dengan sendirinya meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara yang terbabit dalam kebuntuan selama dua bulan di bahagian lain sempadan menjadi pertikaian itu.

    Sumber di New Delhi yang diberi taklimat mengenai keadaan ketenteraan di sempadan berkata, tentera menggagalkan usaha tentera China memasuki wilayah India di Ladakh, berhampiran tasik Pangong.

    Sebahagian tentera China membawa batang besi dan batu, manakala kecederaan dilaporkan pada kedua-dua pihak, kata sumber.

    Kedua-dua pihak kerap saling menuduh menceroboh wilayah masing-masing, namun pertempuran jarang berlaku.

    “Berlaku perbalahan berhampiran tasik Pangong,” kata pegawai polis di Srinagar, ibu negeri Jammu Kashmir yang ditadbir India.

    Sumber tentera di Srinagar turut bercakap mengenai perkara itu berikutan apa yang disifatkan pencerobohan tentera China di kawasan tasik Pangong.

    Tentera kedua-dua negara turut terbabit dalam ketegangan di kawasan Doklam di timur wilayah itu, satu lagi bahagian daripada sempadan pergunungan tidak ditandakan sepanjang 3,500 kilometer. – Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera India Dan China Berbalah Isu Ceroboh Wilayah "