• Temu Duga Nak Jadi Polis, Kena Tahan Ujian Dadah

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+

    Sibu : Seorang penagih dadah ditahan ketika menghadiri temu duga kerja polis untuk pangkat konstabel.

    Lelaki berusia 22 tahun itu didapati positif syabu selepas menjalani ujian air kencing dalam saringan antara 101 calon di ibu pejabat polis di sini semalam.

    Antara jumlah tersebut, 29 daripadanya disenarai pendek, kata ketua polis daerah Sibu seperti dilapor The Star Online.

    “Lelaki itu nampak sesuai untuk jawatan tersebut tetapi ujian air kencing mendapati dirinya positif methamphetamine (syabu),” kata ACP Saiful Hahri Abdullah.

    Lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (a) Kanun Keseksaan kerana menyalah guna dadah. - MalayMail
  • No Comment to " Temu Duga Nak Jadi Polis, Kena Tahan Ujian Dadah "