• Tauke Produk Kecantikan Mahu Beri Range Rover & Audi TT Secara Percuma

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    Berita baik kepada warga Malaysia tanpa mengira bangsa, keturunan dan jantina, anda kini berpeluang mendapatkan kenderaan mewah Range Rover Evoque atau Audi TT secara percuma daripada tauke balak cun-melecun dari Kelantan ini.

    Empunya badan, Nur Syamimi Shamsudin, menerusi akaun Facebooknya mengumumkan akan memberikan dua kenderaan tersebut sebagai hadiah kepada stokis dan pemborong produk kecantikannya yang terpilih.

    "Siapakah yang akan dapat hadiah si merah belakang Mimi tu dan audi TT secara percuma. Tunggu hujung tahun ni tau Mimi nak bagi free je utk stokis-stokis dan pemborong- pemborong.

    "Usaha Lebih sikit ya, nanti saya bagi terus kereta untuk 'uolsss' dengan geran-geran kereta Mimi bagi tau. #UsahaLebihUntungLebih," katanya dipetik akaun Facebooknya.

    Selain memiliki Range Rover dan Audi TT, Syamimi juga menyenaraikan kenderaan lain miliknya, termasuk Porsche, Skyline GTR, Mini Cooper Countryman dan Vellfire - namun kenderaan ini tidak termasuk dalam 'hadiah' yang ingin diberikannya.

    Kejayaan Syamimi menjadi jutawan pada usia muda mula tersebar di media sosial baru-baru ini apabila beliau mendedahkan kini memiliki syarikan pemprosesan kayu balak hasil daripada perniagaan kosmetiknya sebelum ini.

    Katanya, dalam tempoh setahun sahaja, beliau berjaya membina empayar kosmetiknya sehingga mempunyai ratusan downline dalam negara sehingga ke Indonesia.

    “Kehidupan saya berubah, dari memiliki sebuah kereta murah Satria yang dibeli hasil dari terkumpulnya duit perniagaan akhirnya saya mampu membeli sebuah kereta mewah Porshe secara tunai, membina sebuah bangunan pejabat sendiri, membeli sebuah rumah secara tunai dengan harga setengah juta, mengambil pekerja-pekerja yang dibayar gaji bulanan, membeli lagi kereta kereta mewah sebagai aset seperti Range Rover Evox, Skyline GTR, Mini Cooper Country Man, Audi TT, Vellfire dan berbagai lagi, semua ini dibeli secara tunai kerana usia saya masih muda untuk membuat pinjaman,” katanya.

    “Dari modal dan pengalaman perniagaan inilah saya kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaan sehingga kini saya menceburi bidang perniagaan kayu balak, kini saya memiliki kilang memotong kayu balak sendiri dan kini juga saya mengeksport papan-papan yang di proses di kilang saya ke Thailand dan rantau Asia,” tulisnya di Facebook.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Tauke Produk Kecantikan Mahu Beri Range Rover & Audi TT Secara Percuma "