• SUPP Mampu Kembalikan 'Tsunami Cina'

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+
    Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) sudah kembali ke landasan kegemilangan seperti dahulu, rekod Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) begitu berprestasi tinggi apabila banyak masalah rakyat dapat diselesaikan dengan baik.

    Sejak Pengerusi SUPP Dr Sim Kui Hian memegang tampok kepimpinan, transformasi dan kesepakatan ahli sudah nampak kemajuan yang ketara. Kerjasama yang erat sesama mereka mengubah lanskap politik komponen Barisan Nasional Sarawak dan SUPP khasnya untuk mendapat lebih majoriti pengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

    ADUN SUPP yang menang pada PRN yang lepas hanya menunggu gandingan mantap daripada Ahli Parlimen selepas PRU14 nanti. Ini kerana kawasan Parlimen yang dimenangi oleh ADUN SUPP masih dikuasai oleh DAP dan kesukaran bekerjasama begitu ketara kerana SUPP perlukan peruntukkan daripada pusat untuk membangun kawasan.

    Justeru pada PRU14 nanti, calon Ahli Parlimen dari SUPP mesti menang bagi menjamin satu bentuk kerjasama yang kukuh. Melihat situasi ketika ini, SUPP sudah aktif bergerak membantu rakyat sejak PRN lepas lagi.

    Tidak mustahil PRU14 nanti 'Tsunami Cina' akan kembali kepada SUPP kerana kedengaran suara rakyat yang begitu kecewa terhadap Ahli Parlimen DAP yang langsung tidak memberi manfaat dalam memberi pembangunan menyeluruh kepada kawasan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Mampu Kembalikan 'Tsunami Cina' "