• SUKAN SEA : Malaysia Mudah Tundukkan Filipina

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Pasukan kebangsaan menepati ramalan dengan mudah menundukkan Filipina 96-11 dalam aksi terakhir pusingan kelayakan bola jaring Sukan SEA Ke-29 di Stadium Juara, di sini hari.

    Malaysia menunjukkan kehebatannya sejak awal permainan dengan mendahului 19-0, sebelum menutup suku pertama dengan kemenangan 26-2.

    Rentak cemerlang pasukan Malaysia dikukuhkan lagi dengan jaringan 50-4 di suku kedua, menjarakkan jaringan kepada 75-7 pada suku ketiga dan mengakhiri perlawanan menerusi kemenangan selesa 96-11. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " SUKAN SEA : Malaysia Mudah Tundukkan Filipina "