• 'Styrofoam' Diharamkan Di Sarawak

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Kuching : Penggunaaan styrofoam sebagai bekas pembungkus makanan akan diharamkan di negeri ini bermula dari peringkat majlis perbandaran sehingga ke peringkat seterusnya, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

    Memetik laporan Utusan Borneo, langkat tersebut telah dipersetujui oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bagi memulihara planet ini dan meminimumkan pencemaran alam sekitar.

    “Kita telah bersetuju untuk melaksanakan pengharaman ini (penggunaan bekas styrofoam) di peringkat majlis perbandaran tempatan. Kemudian, majlis yang lebih kecil akan mengikuti langkah ini pada peringkat seterusnya,” katanya.

    Penguang berkata, kementeriannya akan mewajibkan semua majlis tempatan di Sarawak melarang penggunaan bekas-bekas styrofoam sebagai bekas pembungkus makanan.

    "Ini berikutan Majlis Perbandaran Miri telah mengambil langkah mengharamkan penggunaan plastik sebagai pembungkus makanan bermula 1 Januari tahun depan," katanya

    Manakala di Sibu, pengharaman pembungkus makanan styrofoam di semua kedai makanan telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014 sebagai projek perintis oleh MPS dan menjadikan MPS sebagai majlis tempatan yang pertama di Sarawak berbuat demikian.

    Menurut kajian yang telah dijalankan, bekas makanan styrofoam tidak terbiodegradasi dan memberi ancaman kepada terhadap alam sekitar malah ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk apabila tidak dilupuskan dan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan. - Sarawakiana
  • No Comment to " 'Styrofoam' Diharamkan Di Sarawak "