• Sokong Atlet Terjemah Nilai Perpaduan

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan padu yang ditonjolkan oleh masyarakat berbilang kaum kepada para atlet Sukan SEA negara merupakan terjemahan kepada nilai perpaduan sejati.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri, semangat itu harus dikekalkan lebih-lebih lagi ketika negara bersiap menyambut sambutan Hari Kebangsaan 2017 esok.

    Beliau juga dapat melihat semangat cintakan negara dan nilai patriotisme dipamerkan oleh para atlet yang mengharumkan nama Malaysia.

    “Apabila pingat emas diraih, bendera negara dijulang, Negaraku berkumandang. Malah, seluruh masyarakat Malaysia berkobar-kobar beri sokongan penuh kepada pasukan negara.

    “Inilah terjemahan semangat cintakan negara. Lebih manis lagi sokongan padu ini tanpa prejudis terhadap mana-mana kaum kerana kita semua adalah bangsa Malaysia.

    “Inilah nilai perpaduan sejati yang telah kita pamerkan untuk Malaysia. Harus kekalkan semangat ini demi negara,” katanya dalam ucapan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 yang dikongsikan di akaun Youtube beliau hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sokong Atlet Terjemah Nilai Perpaduan "