• Siti Nurhaliza Teruja, Tidur Dengan ‘Glove’ Azizulhasni

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Tahniah diucapkan buat The Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang yang berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut individu lelaki dalam aksi di Velodrome Nasional, Nilai, semalam.

    Dengan pencapaian ini sekali gus sasaran emas yang ditetapkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kini telah berjaya dicapai.

    Azizul dilihat berjaya menewaskan protegenya, Mohd Shah Firdaus untuk menyumbang pingat ke- 111 negara dalam acara tersebut.

    Dalam pada itu, penyanyi no. 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara salah seorang yang begitu teruja dengan kejayaan atlet berbasikal negara itu.

    Menerusi satu posting di akaun Instagram, Siti dilihat memuat naik satu gambar di mana memaparkan glove Azizulhasni yang dihadiahkan kepadanya selepas muncul juara acara Keirin dalam Kejohanan Dunia pada April lepas.

    “Tido pakai glove la malam nie @azizulawangofficial Aaminn.. #myluckynumber111 @therealfafau,” tulis Siti menerusi gambar tersebut.

    Posting yang menerima lebih daripada 15,000 likes itu mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata netizen begitu teruja dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

    Haaa..tidur dengan glove tak apa lagi, jangan sampai lepas ni tidur dengan basikal pula sudahlah ya… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Subjects:

  • No Comment to " Siti Nurhaliza Teruja, Tidur Dengan ‘Glove’ Azizulhasni "