• Siapa Yang Memperjuangkan Melayu Dan Bumiputera?

    Published: Wednesday, 9 August 2017
    A- A+
    Cerita memperjuangkan Melayu dan Bumiputera bukan isu yang boleh dikaitkan dengan perkauman kerana dalam hal tersebut ia lebih fokus kepada peluang ekonomi yang terdapat dalam negara ini. Ia penting kerana tanpa perjuangan yang jitu, Melayu dan Bumiputera akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan.

    Semasa era Tun Mahathir berkuasa sebagai Perdana Menteri, adakah Melayu dan Bumiputera terbela dalam erti sebenar ? Jika benar Tun membela Melayu dan Bumiputera, dimana asasnya ekuiti 30% Melayu dan Bumiputera tercapai ?

    Memang jelas Tun sukar menangani isu tersebut kerana selama 22 tahun memimpin negara ekuiti tersebut tidak dapat dicapai walaupun ia adalah dasar kepimpinan beliau sendiri. Namun yang nyata, jumlah orang Melayu dan Bumiputera tersenarai diklangan orang terkaya memang terlalu sedikit. Hanya yang digelar kroni Tun sahaja yang begitu ketara memiliki kekayaan.

    Namun pada era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam masa singkat pelbagai dasar telah dibentuk untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera. Program demi program dilancarkan agar kegiatan Bumiputera dalam ekonomi terus aktif dan berkembang.

    Projek-projek kerajaan dilaksanakan secara berjimat cermat dan memberi peluang kepada Bumiputera yang terlibat tanpa wujudnya istilah kroni. Projek Lebuhraya Pan Borneo misalnya, pelbagai kaum yang memiliki lesen yang kelas rendah diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut dan ia di agih sama rata. Dengan ini projek Pan Borneo tidak akan membebankan rakyat jika ia sudah siap kerana tidak mempunyai tol.

    Jadi, perbezaan pemerintahan kedua pemimpin tersebut, Najib lebih berjaya memperjuangkan Melayu dan Bumiputera dalam memperkasakan ekonomi justeru pada masa sama meningkat pendapatan rakyat.

    Subjects:

  • No Comment to " Siapa Yang Memperjuangkan Melayu Dan Bumiputera? "