• Si Pelahap Elektrik

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+


    NARESH Kumar mengakui dikurniakan anugerah unik - bukan sahaja kebal jika terkena voltan tinggi, malah dapat menyerap tenaga elektrik untuk hidup.

    Keadaan lelaki dari Muzzafarnagar, utara India ini sekali gus bermakna dia tidak memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan.

    Lelaki berusia 42 tahun itu mula sedar kuasanya itu apabila dia tersentuh dawai hidup di tempat kerja. Namun, tiada apa-apa yang berlaku. Kemudian, dia cuba memegang lebih banyak dawai hidup dan sedar bahawa dia dapat menggunakan elektrik sebagai sumber ‘makanan’.

    “Apabila saya lapar dan tiada makanan di rumah, saya akan berasa puas selepas memegang dawai hidup selama setengah jam. Saya anggap elektrik sebagai makanan,” kata Kumar kepada Cover Asia Press.

    “Saya boleh sentuh apa sahaja barangan elektronik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk dengan tangan tanpa sebarang kesan. Ia juga memberi tenaga kepada saya. Saya rasa 80 peratus dari badan saya mengandungi tenaga elektrik."

    Malahan, rumahnya juga penuh dengan dawai hidup yang sering digunakan.

    “Kami tiada suis, kadang-kadang saya dan anak-anak risau kami akan terkena kejutan elektrik.

    “Tetapi disebabkan dia suka menyentuhnya, kami biarkan sahaja,” kata isteri Kumar.

    Kumar sedar dirinya unik, walaupun agak terkilan kerana isterinya tidak mengagumi keupayaannya.

    "Saya yakin ramai yang berfikir sebaliknya,” kata Kumar.

    Satu video yang menunjukkan dia meletakkan dawai hidup di tangan dan dalam mulut, tular di media sosial.

    Sejak itu, dia digelar ‘Mentol Hidup India’.

    Subjects:

  • No Comment to " Si Pelahap Elektrik "