• Senarai Penuh Ahli Lembaga Pengarah Petros Diketahui Minggu Ini

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KUCHING : Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan senarai penuh ahli lembaga syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petroleum Sarawak (Petros) pada minggu ini.

    Memetik laporan The Borneo Post, Abang Johari berkata, syarikat berkenaan masih dalam proses membentuk lembaga pengarahnya.

    "Terdapat lima anggota lembaga pengarah syarikat. Saya akan memberikan senarai penuh ahli lembaga dalam masa seminggu ini.

    "Saya akan umumkan dari semasa ke semasa kerana masih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Masih belum sesuai untuk saya dedahkan apa-apa pada masa ini. Seperti yang saya katakan, kami masih membentuk sistem pentadbiran, dan selepas itu kami akan serahkan kepada ahli lembaga untuk menjalankan Petros," katanya.

    Penubuhan Petros merupakan langkah yang julung kali diambil kerajaan negeri bagi membolehkan Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas di Sarawak.

    Anggota lembaga pengarah syarikat itu sudah dilantik dan mereka terdiri daripada profesional kelahiran Sarawak, yang berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas. - Sarawakiana
  • No Comment to " Senarai Penuh Ahli Lembaga Pengarah Petros Diketahui Minggu Ini "