• Semporna Akan Dilengkapi Internet berkelajuan tinggi

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+


    SEMPORNA - Telekom Malaysia sedang menaik taraf kemudahan jalur lebar di daerah ini bagi menyediakan perkhidmatan UniFi yang bakal menyaksikan penduduk menikmati kemudahan Internet berkelajuan tinggi dalam masa terdekat.

    Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata projek itu hasil usaha Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr salleh Said Keruak yang prihatin dengan keperluan daerah ini terhadap kemudahan komunikasi lebih baik.

    "Sebenarnya kajian agar daerah ini dilengkapi rangkaian komunikasi yang lebih baik telah dilakukan sejak tiga bulan lepas dan pada masa sekarang kerja menaik taraf rangkaian sedang giat dilakukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu berkata projek tersebut dijangka turut menyediakan rangkaian komunikasi di kawasan yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan berkenaan.

    “Semporna ini terkenal dalam kalangan pelancong luar negara dan sudah pasti kita mahu berikan perkhidmatan baik kepada orang luar juga," katanya.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Semporna Akan Dilengkapi Internet berkelajuan tinggi "