• Saya Dan Kementerian Saya Bebas Rasuah, Kata Zahid

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    “Saya, KDN dan jabatan-jabatan bawahnya bebas daripada rasuah,” kata Zahid selepas menghadiri sesi ikrar bebas rasuah dengan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali di Jabatan Imigresen.

    Zahid berkata sikap anti rasuah bukan mudah, sebaliknya hanya boleh ditunjukkan oleh mereka yang “ada pegangan yang tinggi”.

    Kenyataan Zahid itu di sebalik tuduh-menuduh antara beliau dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir minggu lalu mendakwa Zahid gagal menjelaskan dakwaan terdapat RM230 juta dalam akaunnnya ketika dilantik ketua Pemuda Umno pada 1996.

    Zahid berkata wang itu diperoleh hasil penglibatannya dalam bidang korporat sebelum menyertai politik.

    Sementara itu, Zahid memuji SPRM kerana berjaya menaikkan imej kerajaan melalui penangkapan anggota penjawat awam yang terlibat dalam rasuah.

    “Saya ucap tahniah pada SPRM. Ikan paus pun masuk jaring, setiap hari ada tangkapan SPRM dan tuduhan dibawa ke mahkamah.

    “Meningkatkan kebolehan kepercayaan pada SPRM dan menghapuskan persepsi negatif pada kebolehpercayaan pada kerajaan,” katanya. - FreeMalaysiaToday

    Subjects:

  • No Comment to " Saya Dan Kementerian Saya Bebas Rasuah, Kata Zahid "