• Sarawak Bertuah Miliki Pemimpin Berwibawa

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    LAWAS: Sarawak sangat bertuah kerana memliki barisan kepimpinan yang berwibawa yang bukan sahaja berjuang untuk mendapatkan hak Sarawak bahkan mampu mewujudkan kestabilan antara kaum serta memajukan negeri, demikian kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

    Menurutnya, Rakyat Sarawak perlu bersyukur dengan kestabilan politik yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak.

    "Rakyat perlu memberi sokongan terhadap kepimpinan kerajaan BN Sarawak yang diketuai Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg atas usahanya meneruskan kestabilan politik di negeri ini," kata beliau.

    "Ketegasan pemimpin Sarawak memperjuangkan hak rakyat adalah atas sikap terbuka pucuk pimpinan di peringkat kerajaan pusat dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tambahnya lagi.

    Beliau turut menasihatkan golongan bijak pandai dari kawasan Ba'kelalan untuk mengubah pemikiran agar dapat berjuang bersama BN mengubah kehidupan keluarga mereka yang masih menetap di kampung. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Bertuah Miliki Pemimpin Berwibawa "