• Sampan Ditemui, Warga Emas Masih Hilang

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Seorang warga emas berusia 75 tahun dari Kampung Serpan dipercayai jatuh dari sampan miliknya yang dijumpai di sungai Pasir Ambal Kampung Serpan Laut Asajaya dekat sini.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Lembong Pin dikhuatiri jatuh ke dalam sungai ekoran penemuan sampan milik mangsa berada di kawasan terakhir mangsa dilihat semalam.

    “Pihak kami menerima laporan sekitar jam 1 petang tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian.” katanya.

    Hasil maklumat yang diperolehi daripada penduduk kampung, seorang saksi mendakwa melihat mangsa lewat tengah hari semalam.

    Sehingga berita ini ditulis, usaha mencari dan mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan agensi-agensi lain yang terdiri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).-Sarawakiana
  • No Comment to " Sampan Ditemui, Warga Emas Masih Hilang "