• Rumah Panjang Long Aton Tinjar Musnah, 100 Penduduk Terjejas

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+
    Foto ihsan bomba

    MARUDI: Seramai 100 penghuni rumah panjang Long Aton Tinjar dekat sini terjejas selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

    Dalam kejadian sekitar jam 9 malam tadi rumah panjang sepanjang 28 pintu musnah sepenuhnya dijilat api.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi dikerahkan lokasi kejadian sejurus panggilan daripada Bilik Kawalan pada jam 11.50 malam tadi.

    Menurutnya, pihak bomba mengalami kesukaran menuju ke lokasi kejadian kerana hanya boleh dilalui menggunakan feri dan laluan balak.

    “Pihak bomba mengambil masa selama enam jam untuk sampai ke lokasi.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati rumah panjang berkenaan telah musnah sama sekali." katanya.

    Sehingga berita ditulis, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Rumah Panjang Long Aton Tinjar Musnah, 100 Penduduk Terjejas "