• Rihanna Pun Edit Gambar Jadi Kurus

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+

    Tidak dinafikan memang kebelakangan ini bintang pop antarabangsa, Rihanna kelihatan lebih berisi daripada kebiasaannya. Sedang bahagia dilamun cinta, mungkin?

    Meskipun dia dilihat seperti tidak ambil pusing tentang kenaikan berat badannya itu, namun wanita mana yang tidak risaukan penampilannya.

    Mungkin kerana perasaan tidak selesa melihat rupanya sendiri itulah yang menyebabkan penyanyi lagu Umbrella itu bertindak menyunting foto terbarunya menggunakan aplikasi suntingan foto yang kemudiannya dimuat naik ke dalam Instagramnya.

    Mengenakan pakaian ‘tidak cukup’ kain iaitu kostum bikini bertahtakan manik-manik mewah, netizen naik meradang apabila melihat bahagian perut kelihatan janggal dan kuku bercabang!

    Ooops, terlebih edit ke tu?

    Memang setiap tahun Rihanna akan menyertai karnival di Kepulauan Barbados iaiti negara kelahirannya dan lazimnya wanita akan berpakaian seksi semasa acara itu.

    Gambar itu telah menerima sebanyak 4.3 juta likes dan lebih 93 ribu komen daripada kedua-dua peminat dan haters! Hebat kan?

    Rihanna bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan berkenaan hal itu kerana dia tahu hidupnya terlalu seronok untuk membalas kembali komen-komen negatif! – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Rihanna Pun Edit Gambar Jadi Kurus "