• Rihanna Kecewa Drake Bercinta Dengan Nicki Minaj?

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    PENYANYI antarabangsa, Rihanna dikatakan tidak senang duduk melihat keintiman bekas kekasihnya, Drake bersama Nicki Minaj.

    Menurut laporan Hollywoodlife.com, Rihanna dikatakan masih berharap penyanyi rap tersebut akan kembali kepadanya selepas mereka berpisah sekitar tahun lalu.

    Walau bagaimanapun, sumber tersebut juga menyatakan bahawa harapan Rihanna musnah apabila Drake dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Nicki Minaj yang juga merupakan seorang penyanyi.

    “Segalanya tidak berakhir dengan baik apabila Rihanna dan Drake berpisah tahun lalu. Rihanna masih lagi menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya itu.

    “Melihat keintiman Drake dan Nicki membuatkan hatinya hancur tetapi sebelum ini dia sering berpendapat bahawa Drake masih mahu bersamanya.

    Nampaknya kini musnahlah harapan Rihanna untuk mendapatkan kembali bekas kekasihnya itu,” kata sumber kepada Hollywoodlife.com.

    Tambah sumber tersebut, kini Rihanna telah menerima hubungan baharu Drake dan tidak mahu menjalinkan semula hubungan bersamanya.

    “Sekarang dia memang tidak ada rancangan untuk kembali bersama dengan Drake. Untuk pengetahuan, Nicki boleh ambil saja Drake.

    “Rihanna juga berasa Drake dan Nicki patut mengumumkan hubungan itu secara rasmi,” kata sumber. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Rihanna Kecewa Drake Bercinta Dengan Nicki Minaj? "